Wednesday, 3 June 2015

anugerah terindah

Inilah 1st entry mama. Hari ni baru berkesempatan mencreate & menulis blog ni.. setelah belajar melalui online.

Ari ni genap 6 minggu 2 hari kandungan mama. Ini kandungan mama yang kedua. Anak mama yang sulung berumur 1 tahun 6 bulan. Mama terkejut pagi tadi nampak ada pendarahan sikit, kalau medical term dipanggil "PV bleed". Perasaan mama bercampur aduk; risau, takut semua ada. Takut kandungan keguguran. Perasaan ini mama pasti semua ibu akan mengalaminya.

Sekarang, mama sedang menunggu untuk berjumpa doktor. Tadi sudah buat scan, tapi tak berapa jelas sebab pundi kencing mama kosong. Oh, ya! Untuk makluman, kalu kita nk buat scan, lebih baik pundi kencing kita penuh, supaya lebih mudah & jelas untuk buat scan. Tak lah nanti kena buat "TVS". Sudah bergelas-gelas air mama minum. Sampai sengkak la perut mama.

"Ya, Allah selamatkan lah bayi ku ini. Semoga kandunganku selamat dan sihat"

(Ini doa yang mama dok selalu baca)




Alhamdulillah. Syukur sangat2 ke hadrat ilahi. Insyaallah kandungan mama selamat. Lagi 2 minggu mama kena datang lagi jumpa doktor. Masa tuh, baby insyaallah dah 8 minggu. Doktor kata mungkin implantation bleeding. Mungkin ada yang tak tau apa tuh implantation bleeding terutamanya yang bakal bergelar ibu. Implantation bleeding merupakan tanda-tanda awal mengandung. Cuma segelintir wanita sahaja yang mengalaminya. Apabila persenyawaan berlaku, telur akan bergerak dari tiub Fallopian ke rahim dan melekat pada dinding rahim. Semasa proses ini, akan berlaku kerosakan pada saluran darah yang terdapat di dinding rahim akan ini yang menyebabkan pendarahan.



Kalau nk tahu lebih detail, boleh klik kat sini.

Tak sangka lak mama, entry mama panjang gini. Nanti 2 minggu lagi, mama update pasal baby. Terima kasih pada yang sudi jenguk singgah di blog mama.



Link tu mama dapat dari web. Mama tolong share kat sini. Thanks to them.

No comments:

Post a Comment